Sunday, February 24, 2013

Tips belajar dari Dr Fadhilah Kamsiah


Dulu masa zaman sekolah kawan2 suka tanya aku belajar.Aku belajar macam kau orang semua belajar lah kan.Aku suka belajar last minute.Tak suka belajar awal2 nanty apa yang aku dah belajar tak ingat.biasanya sebelum tidur aku akan ingat apa yang aku belajar dekat sekolah balik.Bagi yang membaca aku akn baca benda tu dan aku akn tulis balik.banyak kertas aku gunakan.Bila dah nak exam aku bongkar semua balik sebab nak baca..

Gunalah tips yang aku kongsi ni

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca         
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham  

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.  

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar     

Saturday, February 23, 2013

Rahsia Tarikh Lahir Dalam Islam

Aku nak kongsi dengan semua orang tentang rahsia tarikh lahir mengikut pandangan islam kan.Dalam masa yang sama kita boleh tahu gak btul ke kitanya perangai macam tu

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.

Monday, February 18, 2013

7 Jenis Kawan Yang Perlu Dimiliki

1. Si Pendengar
Jenis ini mudah mendengar tak kira perkara remeh atau berat tanpa mengadili anda salah atau tidak. Mereka tidak akan menyampuk luahan hati anda dan tidak akan memberi nasihat sehingga anda pinta. Anda patut memiliki kawan jenis ini sebagai tempat anda meluahkan perasaan tambahan lagi jika kawan jenis ini juga sangat bagus menyimpan rahsia.
2. Si jujur
Kawan jenis ini akan bercakap perkara yang jujur sahaja tidak kira anda menyukai atau tidak perkara yang anda dengar. Mereka sangat jujur sehingga ditafsirkan sebagai biadap. Kawan jenis ini yang akan memberitahu anda sekiranya teman lelaki anda curang atau sekiranya kasut yang anda pakai tidak sesuai dengan baju anda. Namun, selepas die mengkritik dengan jujur, dia pantas memujuk anda kembali atau meminjamkan kasut yang sesuai untuk anda.
3. Si Penggemar Fesyen
Bercerita pasal kasut atau baju yang mahal, tidak semua mampu untuk memiliki barangan Jimmy Choo atau pon Guess. Maka, anda patut memiliki kawan yang tergolong dalan jenis ini kerana mereka mampu memilikinya dan dia sangat berbesar hati untuk meminjamkan kepada anda. Mereka ini lah yang sesuai dijadikan rujukan sekiranya anda ingin berbelanja besar untuk satu-satu barangan mahal. Mereka mempunyai citarasa yang tinggi dan rasa fesyen yang sempurna. Namun perkara yang paling menarik, anda mempunyai akses penuh kepada almari beliau. Hebat bukan?
4. Si cergas
Ingin tahu DVD senaman yang mana patut dibeli atau yoga studio yang baru dibuka berdekatan dengan rumah anda patut dicuba atau tidak? Tanya saja si cergas. Mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak lokek berkongsi rahsia masakan rendah kalori yang lazat dan enak. Ingin berjoging tapi tiada yang teman? Ajak saja mereka ini, mereka sangat berbesar hati menemankan anda bersenam di taman.
5. Si Diva
Kita semua perlukan drama dalam hidup, maka tidak salah memiliki salah seorang kawan dari jenis ini. Mereka ini bukan ‘drama queen’ tapi lebih kepada sang puteri yang wataknya tidak akan menyusahkan orang lain. Mereka mudah ketawa termasuk kepada diri sendiri, comel dan tiada musuh. Yang pastinya hanya suka berlagak diva dan tahu semua perkara.
6. Si Lasak
Golongan ini lasak seperti budak lelaki dan tahu semua perkara yang budak lelaki tahu. Mereka ini mampu untuk menukar tayar kereta anda yang pancit sekiranya anda tiada kawan lelaki yang boleh menolong anda. Golongan ini tidak akan sesekali memperlecehkan kemampuan wanita yang serba kekurangan malah mereka sangat boleh diharap.
7. Si pengambil berat
Mereka yang tergolong dalam kategori ini bersikap seperti ibu yang sangat mengambil berat. Kawan jenis inilah yang akan memasak bubur dan sup ayam sekiranya anda demam, yang tahu setiap jenis bunga dan yang menyayangi kanak-kanak dan binatang. Mereka sangat penyayang, ringan tulang malah anda boleh berkongsi masalah seperti yang anda lakukan bersama ibu anda.

Saturday, February 09, 2013

Tip mengatasi Tekanan


Mungkin ramai yang mengalami situasi macam ni kan.aku pun selalu mengalami masalah yang sama juga. Biasalah kan pelajar selalu kena tekanan.Kebiasaannya aku kalau mengalami masalah ni aku suka melihat kehijauan alam.Dekat sini aku nak kongsi cara yang dapat mengatasi masalah tekanan dalam kalangan masyarakat sekarang.

Ada 10 Cara nak mengatasi tekanan dalam diri seseorang :

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.