Sunday, March 08, 2015

Jom Kenali Jambu Air


Jambu Air? Mesti semua orang suka makan Jambu air kan. Macam aku juga lah. Aku pun suka makan buah ni.. Buah ni mudah untuk dicari. Biasanya buah ni banyak jual dekat kedai- kedai buah lah tapi dekat pasaraya pun ada jek jual.. Jom kita kenali buah ini..

 Buah Jambu Air mempunyai rasa manis dan masam malahan mengandungi air yang cukup banyak. Keunikan jambu air ini kerana daripada buah hingga daunnya memiliki bau yang wangi. Bukan sahaja itu tetapi biji, bunga buah dan batangnya mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Antara manfaat Jambu Air :

  • Biji buah Jambu Air yang telah di keringkan dan dihancurkan boleh dijadikan ubat untuk cirit-birit, asma dan berkesan untuk meredakan demam. Biji yang segar pula boleh membantu menyembuhkan katarak serta diabetes.
  • Bunga Jambu Air beraroma manis dan biasanya digunakan untuk membantu menurunkan demam. Ia juga boleh dijadikan sebagai masker untuk meredakan cacar air.
  • Daunnya bermanfaat dijadikan sebagai ubat mata serta  boleh melancarkan percernaan.
  • Batang, kayu buah ini digunakan untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis dan juga penyakit tekak.
  • Akarnya buah Jambu Air dapat dimanfaatkan sebagai ubat yang menyembuhkan penyakit epilepsi.
  • Buahnya bermanfaat mengatasi cirit birit dan berperanan dalam transformasi gula menjadi tenaga. Kandungan serat dan vitamin C dalam Jambu Air dapat membantu menurunkan kolestrol dalam tubuh.
  • Buah ini juga dapat membantu melindungi wanita dari terkena kanser payudara.Bila dimakan buahnya secara rutin, ia dapat membantu mencegah penyakit kanser prostat dalam kalangan lelaki. 
Buah Jambu Air ini kaya dengan vitamin dan mineral seperti sodium , zat besi, potasium dan serat. 

Aku harap pengkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk kalian apabila mengalami penyakit. Banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada buah ini untuk menjaga kesihatan diri.

Wednesday, February 25, 2015

Tips Kekalkan Kesihatan Di Musim Panas.


Sekarang ni di Malaysia mengalami musim panas  Ekstrem . Panas ini boleh menjejaskan kesihatan seseorang itu jika tidak menjaga kesihatan mereka.  Jika seorang itu  mengalami masalah kekurangan air dalam badan itu adalah yang paling bahaya pada musim panas yang berpanjangan ini kerana apabila  perubahan kandungan galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku. Musim panas berpanjangan ini juga boleh menyebabkan seseorang itu. 

Aku sendiri terasa bahang  kalau berada di luar rumah dengan cuaca yang begini.  Aku tahu ramai orang tidak selesa dengan cuaca yang melanda di negara kita sekarang ni tapi kita perlu lah sentiasa menjaga kesihatan diri kita untuk mengelakkan apa –apa penyakit  yang menyerang ke atas diri kita.  Jadi dekat sini aku nak lah berkongsi lah sedikit tip kesihatan yang berkaitan dengan musim panas ni. Antara  tipsnya ialah :

v  Kita perlu lah banyakkan minum air suam tanpa mengira tahap aktiviti yang kita lakukan pada hari itu. Sekurang-kurangnya kita perlu minum air sebanyak 8 glass sehari untuk memberi kesegaran kepada badan kita.
v  Kita perlulah minum minuman isotonik bagi menggantikan garam yang telah hilang pad badan kita akibat berpeluh. Minuman Isotonik ini adalah untuk meningkatkan stamina dalam badan kita untuk melakukan aktiviti harian.
v  Kita perlulah lebihkan masa untuk berada di rumah daripada melakukan aktiviti di luar rumah. Ini bagi mengelakkan diri daripada di serang penyakit.
v  Semasa kita berada di luar rumah, Pakailah payung atau topi bagi mengelakkan diri daripada pancaran haba terus ke badan kita.
v  Semasa di rumah, Kita hendaklah sentiasa membuka kipas atau penghawa dingin bagi menyejukkan badan kita supaya tidak berpeluh.
v  Bagi menjaga kesihatan diri, Kita seharusnya memilih untuk memakai pakaian yang ringan berwarna terang serta longgar.
v  Jika seseorang itu mempunyai kenderaan, Jangan duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penyaman udara
v  Bagi mengelakkan kulit kita kering sentiasalah memakai losyen pelindung suria seelok-eloknya lebih dari SPF ke atas.
v  Kita hendaklah kurangkan minum minuman berkafein dan bergula.

Jaga lah Kesihatan diri anda di Musim panas ini.

Saturday, February 14, 2015

Petua untuk menguruskan Badan dengan Cepat

 Kali ini aku nak bercerita pasal cara nak menguruskan badan.  Perkongsian ini aku  nak tujukan untuk kawan-kawan yang suka tanya aku macam mana nak badan kurus. Aku sendiri ketawa bila mereka aku menyoal aku tentang perkara itu. Sebab aku nya badan memang kecik jek dari dulu lagi.. Kalau makan banyak  mana pun badan tetap kecik sebab metabolisme aku tinggi.

Kalau nak menguruskan badan ini bukan mudah rasanya sebab kena ada sikap tidak putus asa dan jangan mudah mengalah serta perlu disiplin. Kalau 3 perkara itu tidak ada dalam diri mungkin sukar untuk melakukan juga. Seseorang itu perlu juga sokongan dari rakan-rakan yang lain serta ahli keluarga supaya mereka ini ada semangat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.. (*___*)

 Ini antara yang aku tahu lah sebabnya cara tradisional. Banyak lagi petua yang kalian boleh gunakan tapi aku rasa ini petua yang mudah nak cari kot.

  Limau Nipis
Ambil 1 biji limau nipis dan belah empat. Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh suam yang pekat (tanpa gula). Minum setiap malam sebelum tidur.

Nenas
Sediakan nenas yang tidak terlalu masak, kupas dan bersihkan. Potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Minum dua kali sehari

 Daun Delima
Ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

 Lobak Merah
Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah. Dibersihkan, diparut dan perahkan jusnya. Minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.

Halia
Caranya, rebus 5 inci halia yang sudah dibuang kulitnya dengan 3 gelas air, sehingga menjadi kurang dari segelas dan minum ketika masih suam. Amalkan setiap hari selepas makan

Asam Jawa
Ambil setengah cawan asam jawa dan campurkan 1 gelas air suam. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai bijinya. Tapis dan minum setiap hari selepas makan

Pati Oren
Minum pati oren berkualiti tinggi yang terdapat di pasaran seperti Sunquick (jangan tambah gula) dan minum 1 gelas di sebelah pagi dan 1 gelas di sebelah malam, setiap hari. Atau amalkan makan 2 biji buah oren segar (berkualiti tinggi) setiap kali selepas bersarapan dan selepas makan malam.

Bagi aku petua yang mudah ialah  Asam Jawa, Halia dengan Lobak Merah. Sebab bahan-bahan ni dah ada dekat rumah. Harap kalian dapat melakukan nya. 

Tuesday, February 03, 2015

Makanan yang Perlu Dielakkan Ketika Sakit

Sudah semestinya semua orang tidak mengetahui bahawa apabila kita sakit ada juga makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana ketika sakit  tubuh badan kita akan kehilangan banyak cecair bagi memastikan kelancaran sistem sentiasa berada pada tahap yang sepatutnya. Apabila seseorang itu sakit dan mengambil makanan yang tidak tepat mungkin akan melambatkan proses penyembuhan dan menyebabkan tubuh badan mereka lemah. Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan :

Kopi

Sekiranya kita mengalami demam hindari daripada kopi. Ini kerana kafein yang terkandung dalam kopi tersebut dikatakan boleh melemahkan sistem kekebalan tubuh seseorang itu dan melambatkan proses penyembuhan. Apabila kesan kafein amat ketara akan membuat kita mengalami pening kepala, banyak berpeluh dan hilang keseimbangan.




Telur
Ini juga adalah makanan yang perlu dielakkan sekiranya kita mengalami cirit biit. Ini kerana apabila perut lemah ketika itu tidak mampu untuk menghasilkan enzim yang cukup bagi mencerna protein di dalam telur. Ia hanya akan memburukkan cirit-birit dan seterusnya mungkin kalian akan mengalami masalah lain seperti mual dan muntah.




Kacang

Secara yang aku tahu kacang cukup kaya dengan sejenis bahan yang dikenali sebagai arginine yang mana bahan itu mampu meningkatkan suhu badan dalam diri kita. Oleh itu, Kalian perlulah hindarkan diri daripada kacang tanah apabila diserang demam. Semua jenis kekacang perlu dihindarkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Keju

Ini adalah sejenis makanan yang sukar untuk dihadamkan terutama sekali apabila diserang loya dan cirit-birit. Ini akan membuatkan tubuh semakin lemah sekali gus melambatkan proses dalam melawan bakteria yang menjadi punca kepada jangka dan sakit perut. Jadi siapa yang suka sangat makan keju tu bila sakit tolong dielakkan lah lepas ni.


Daging

Lemak yang ada dalam daging itu hanya melambatkan kemampuan tubuh ketika membunuh kuman dan bakteria adalah penyebab kepada penyakit seperti demam dan selesema. Kesan daripada itu kita memerlukan banyak masa untuk kembali sihat seperti biasa. Ketika kalian sakit elakkan pengambilan daging dan gantikan dengan mengambil sayur-sayuran yang kaya dengan bahan antioksidan untuk mengekalkan kesihatan tubuh.



Kubis dan Brokoli

Kubis dan brokoli perlu dielakkan sekiranya diserang masalah cirit-birit. Ini kerana sayur ini akan menyebabkan pertambahan gas di dalam perut meningkat dan sekali gus memudaratkan penyakit yang sedia ada. Oleh itu elakkan diri kalian daripada makanan ini untuk mempercepatkan proses penyembuhan.


Sunday, February 01, 2015

Aktiviti Berbasikal dan Kebaikannya

Berbasikal? Semua orang ada basikal kan di rumah. Pada masa kini, masyarakat mempunyai pelbagai masalah kesihatan akibat daripada kekurangan aktiviti fizikal yang mudah. Jadi berbasikal adalah salah satu alat yang boleh dijadikan aktiviti senaman yang boleh meningkatkan kecergasan dalam diri kita.

Pada  beberapa minggu lepas, aku dan rakan-rakan telah bersepakat untuk membeli basikal untuk mengisi masa lapang kami di rumsis. Kami telah merancang lama untuk membeli pengangkutan itu. Bagi pendapat aku  aktiviti  ini adalah salah satu gaya hidup sihat yang dapat membentuk kecergasan fizikal dan menjadi satu latihan yang akan mengurangkan ketegangan fikiran. Apabila kita melakukan aktiviti berbasikal kita akan merasakan badan kita akan lebih cergas untuk melakukan perkara lain.

Berbasikal ini mempunyai manfaatnya tersendiri. Berbasikal dapat menenangkan fikiran seseorang. Apabila seseorang itu mengalami tekanan di tempat kerja atau belajar mereka boleh melakukan aktiviti ini  dengan melihat pemandangan yang indah semasa berbasikal.

Selain itu, aktiviti Berbasikal  juga membuktikan yang mereka ini tidak nyanyuk dan memiliki otak yang sihat. Seperti yang kita tahu orang gila tidak boleh berbasikal. Ini kerana berbasikal memerlukan keseimbangan otak dan tumpuan yang tinggi bagi menyeimbangkan badan. Ini tidak mampu di lakukan oleh orang yang tidak waras. kalau tak percaya anda ambil basikal dan beri pada orang gila, mesti dia akan kayuh masuk ke dalam sungai. Sebab tu kita katakan orang gila otak tak “centre”. Bunyinya melucukan tetapi ianya telah disahkan oleh pakar.

Berbasikal juga dapat mengurangkan berat badan seseorang itu. Seseorang itu perlulah melakukan aktiviti ini dengan teratur dan disiplin bagi mendapat berat badan yang ideal. Ini kerana aktiviti berbasikal  dapat meningkatkan penggunaan kalori dan meningkatkan kadar metabolisme, yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan.

Berbasikal ini juga adalah satu aktiviti yang boleh kita lakukan bagi mengeratkan hubungan antara keluarga serta keakraban dan ikatan bersama rakan-rakan. Apabila berbasikal mungkin banyak cerita yang boleh kita kongsi bersama melalui aktiviti sebegini.

Kesimpulannya, Berbasikal adalah satu aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh pelbagai tingkat umur di dalam setiap masyarakat di Malaysia. Aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Berbasikal lah untuk menjaga kesihatan diri.

Monday, January 19, 2015

Petua Mengatasi Resdung


Apa itu Resdung? Apa yang kalian tahu mengenai penyakit ini? Ramai yang tidak  mengetahui bahawa Resdung adalah penyakit yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, gigi ruang mulut, paru-paru, ataupun perut yang menyebabkan nafas seseorang itu akan berbau. Penyakit ini akan menjadikan seseorang itu tidak selesa. Kebiasaannya orang yang mengalami penyakit ini mereka akan bersin di waktu pagi dan ini akan menyebabkan mereka tidak selesa dalam melakukan sesuatu aktiviti. Bagi pendapat aku, penyakit ini mempunyai cara atau petua dalam merawatnya.

Aku adalah salah seorang daripada penghidap resdung. Penyakit ini sebenarnya mempunyai pantang larang juga.  Seseorang yang mengalami penyakit ini mereka sebenarnya tidak boleh untuk memakan makanan seperti udang, ketam, cencaluk, pekasam dan kupang. Agak sukar untuk orang degil macam aku sebab aku memang suka makanan laut jadi aku akan makan juga walaupun tahu kesannya. Mak ayah ada juga tegur supaya jangan makan sangat makanan laut tapi aku makanan juga sebab makanan itu sedap dan kegemaran aku.

Oleh sebab itu, hari ini aku ingin berkongsi kepada semua beberapa petua yang boleh dijadikan rujukan untuk mengatasi masalah resdung ini. Petua ini aku dapat daripada ibu bapa, rakan-rakan serta daripada sumber pembacaan aku. Aku harap perkongsian petua ini dapat dijadikan panduan kepada diri kalianyang mengalami masalah resdung ini.

Petua pertama yang aku rasa paling mudah dan berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah mengamalkan dengan menyedut air ke dalam hidung. Perkara ini boleh dilakukan semasa  kalian mengambil wuduk. Setelah itu, picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati dan buat perkara yang sama berulang kali ini untuk melegakan hidung kau orang. Bila dah melakukan perkara itu boleh lah membasuh muka dengan bersih. Kalian boleh melakukan perkara ini  apabila pulang dari tempat kerja dan bersantai.

Petua kedua yang boleh kalian boleh gunakan untuk mengatasi masalah ini dengan ambil isi terung kemal dan amalkan dan makannya. kalian juga boleh amalkan dengan mencium bunga daun bawang merah pada setiap masa.

Petua Ketiga pula ialah kalian boleh hiriskan tiga biji bawang merah. Setelah itu ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi dan kemudian masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Setelah itu, wapkan pada muka kalian bagi mengurangkan resdung.

Petua terakhir ini berkaitan dengan orang lelaki mahupun wanita. Ini kerana apabila bangun daripada tidur mereka akan sering bersin. Mereka bukan bersin untuk sekali dua tetapi berulang kali. Bagi aku mungkin petua ini sesuai juga diamalkan. Caranya dengan memasukkan air dingin ke dalam hidung kau orang, kemudian tumpahkan keluar semula. Ini boleh dilakukan berulang kali dan bersin kalian akan hilang.

Bagi pendapat aku, petua yang mudah untuk dilakukan ialah petua pertama dan terakhir. Ini adalah perkara yang paling mudah yang boleh kalian amalkan kerana mudah untuk dilakukan. Aku harap dengan perkongsian ini dapat diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah resdung.