Monday, January 19, 2015

Petua Mengatasi Resdung


Apa itu Resdung? Apa yang kalian tahu mengenai penyakit ini? Ramai yang tidak  mengetahui bahawa Resdung adalah penyakit yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, gigi ruang mulut, paru-paru, ataupun perut yang menyebabkan nafas seseorang itu akan berbau. Penyakit ini akan menjadikan seseorang itu tidak selesa. Kebiasaannya orang yang mengalami penyakit ini mereka akan bersin di waktu pagi dan ini akan menyebabkan mereka tidak selesa dalam melakukan sesuatu aktiviti. Bagi pendapat aku, penyakit ini mempunyai cara atau petua dalam merawatnya.

Aku adalah salah seorang daripada penghidap resdung. Penyakit ini sebenarnya mempunyai pantang larang juga.  Seseorang yang mengalami penyakit ini mereka sebenarnya tidak boleh untuk memakan makanan seperti udang, ketam, cencaluk, pekasam dan kupang. Agak sukar untuk orang degil macam aku sebab aku memang suka makanan laut jadi aku akan makan juga walaupun tahu kesannya. Mak ayah ada juga tegur supaya jangan makan sangat makanan laut tapi aku makanan juga sebab makanan itu sedap dan kegemaran aku.

Oleh sebab itu, hari ini aku ingin berkongsi kepada semua beberapa petua yang boleh dijadikan rujukan untuk mengatasi masalah resdung ini. Petua ini aku dapat daripada ibu bapa, rakan-rakan serta daripada sumber pembacaan aku. Aku harap perkongsian petua ini dapat dijadikan panduan kepada diri kalianyang mengalami masalah resdung ini.

Petua pertama yang aku rasa paling mudah dan berkesan untuk mengatasi masalah ini ialah mengamalkan dengan menyedut air ke dalam hidung. Perkara ini boleh dilakukan semasa  kalian mengambil wuduk. Setelah itu, picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati dan buat perkara yang sama berulang kali ini untuk melegakan hidung kau orang. Bila dah melakukan perkara itu boleh lah membasuh muka dengan bersih. Kalian boleh melakukan perkara ini  apabila pulang dari tempat kerja dan bersantai.

Petua kedua yang boleh kalian boleh gunakan untuk mengatasi masalah ini dengan ambil isi terung kemal dan amalkan dan makannya. kalian juga boleh amalkan dengan mencium bunga daun bawang merah pada setiap masa.

Petua Ketiga pula ialah kalian boleh hiriskan tiga biji bawang merah. Setelah itu ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi dan kemudian masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Setelah itu, wapkan pada muka kalian bagi mengurangkan resdung.

Petua terakhir ini berkaitan dengan orang lelaki mahupun wanita. Ini kerana apabila bangun daripada tidur mereka akan sering bersin. Mereka bukan bersin untuk sekali dua tetapi berulang kali. Bagi aku mungkin petua ini sesuai juga diamalkan. Caranya dengan memasukkan air dingin ke dalam hidung kau orang, kemudian tumpahkan keluar semula. Ini boleh dilakukan berulang kali dan bersin kalian akan hilang.

Bagi pendapat aku, petua yang mudah untuk dilakukan ialah petua pertama dan terakhir. Ini adalah perkara yang paling mudah yang boleh kalian amalkan kerana mudah untuk dilakukan. Aku harap dengan perkongsian ini dapat diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah resdung.

No comments: