Sunday, February 01, 2015

Aktiviti Berbasikal dan Kebaikannya

Berbasikal? Semua orang ada basikal kan di rumah. Pada masa kini, masyarakat mempunyai pelbagai masalah kesihatan akibat daripada kekurangan aktiviti fizikal yang mudah. Jadi berbasikal adalah salah satu alat yang boleh dijadikan aktiviti senaman yang boleh meningkatkan kecergasan dalam diri kita.

Pada  beberapa minggu lepas, aku dan rakan-rakan telah bersepakat untuk membeli basikal untuk mengisi masa lapang kami di rumsis. Kami telah merancang lama untuk membeli pengangkutan itu. Bagi pendapat aku  aktiviti  ini adalah salah satu gaya hidup sihat yang dapat membentuk kecergasan fizikal dan menjadi satu latihan yang akan mengurangkan ketegangan fikiran. Apabila kita melakukan aktiviti berbasikal kita akan merasakan badan kita akan lebih cergas untuk melakukan perkara lain.

Berbasikal ini mempunyai manfaatnya tersendiri. Berbasikal dapat menenangkan fikiran seseorang. Apabila seseorang itu mengalami tekanan di tempat kerja atau belajar mereka boleh melakukan aktiviti ini  dengan melihat pemandangan yang indah semasa berbasikal.

Selain itu, aktiviti Berbasikal  juga membuktikan yang mereka ini tidak nyanyuk dan memiliki otak yang sihat. Seperti yang kita tahu orang gila tidak boleh berbasikal. Ini kerana berbasikal memerlukan keseimbangan otak dan tumpuan yang tinggi bagi menyeimbangkan badan. Ini tidak mampu di lakukan oleh orang yang tidak waras. kalau tak percaya anda ambil basikal dan beri pada orang gila, mesti dia akan kayuh masuk ke dalam sungai. Sebab tu kita katakan orang gila otak tak “centre”. Bunyinya melucukan tetapi ianya telah disahkan oleh pakar.

Berbasikal juga dapat mengurangkan berat badan seseorang itu. Seseorang itu perlulah melakukan aktiviti ini dengan teratur dan disiplin bagi mendapat berat badan yang ideal. Ini kerana aktiviti berbasikal  dapat meningkatkan penggunaan kalori dan meningkatkan kadar metabolisme, yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan.

Berbasikal ini juga adalah satu aktiviti yang boleh kita lakukan bagi mengeratkan hubungan antara keluarga serta keakraban dan ikatan bersama rakan-rakan. Apabila berbasikal mungkin banyak cerita yang boleh kita kongsi bersama melalui aktiviti sebegini.

Kesimpulannya, Berbasikal adalah satu aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh pelbagai tingkat umur di dalam setiap masyarakat di Malaysia. Aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang. Berbasikal lah untuk menjaga kesihatan diri.

No comments: