Saturday, February 14, 2015

Petua untuk menguruskan Badan dengan Cepat

 Kali ini aku nak bercerita pasal cara nak menguruskan badan.  Perkongsian ini aku  nak tujukan untuk kawan-kawan yang suka tanya aku macam mana nak badan kurus. Aku sendiri ketawa bila mereka aku menyoal aku tentang perkara itu. Sebab aku nya badan memang kecik jek dari dulu lagi.. Kalau makan banyak  mana pun badan tetap kecik sebab metabolisme aku tinggi.

Kalau nak menguruskan badan ini bukan mudah rasanya sebab kena ada sikap tidak putus asa dan jangan mudah mengalah serta perlu disiplin. Kalau 3 perkara itu tidak ada dalam diri mungkin sukar untuk melakukan juga. Seseorang itu perlu juga sokongan dari rakan-rakan yang lain serta ahli keluarga supaya mereka ini ada semangat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.. (*___*)

 Ini antara yang aku tahu lah sebabnya cara tradisional. Banyak lagi petua yang kalian boleh gunakan tapi aku rasa ini petua yang mudah nak cari kot.

  Limau Nipis
Ambil 1 biji limau nipis dan belah empat. Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh suam yang pekat (tanpa gula). Minum setiap malam sebelum tidur.

Nenas
Sediakan nenas yang tidak terlalu masak, kupas dan bersihkan. Potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Minum dua kali sehari

 Daun Delima
Ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

 Lobak Merah
Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah. Dibersihkan, diparut dan perahkan jusnya. Minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.

Halia
Caranya, rebus 5 inci halia yang sudah dibuang kulitnya dengan 3 gelas air, sehingga menjadi kurang dari segelas dan minum ketika masih suam. Amalkan setiap hari selepas makan

Asam Jawa
Ambil setengah cawan asam jawa dan campurkan 1 gelas air suam. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai bijinya. Tapis dan minum setiap hari selepas makan

Pati Oren
Minum pati oren berkualiti tinggi yang terdapat di pasaran seperti Sunquick (jangan tambah gula) dan minum 1 gelas di sebelah pagi dan 1 gelas di sebelah malam, setiap hari. Atau amalkan makan 2 biji buah oren segar (berkualiti tinggi) setiap kali selepas bersarapan dan selepas makan malam.

Bagi aku petua yang mudah ialah  Asam Jawa, Halia dengan Lobak Merah. Sebab bahan-bahan ni dah ada dekat rumah. Harap kalian dapat melakukan nya. 

1 comment:

Shak Adam said...

yang ni menarik . tak sabar lak aku nak try buat nanti .